Monday, 26 July 2010

~ crite yang menarik ~


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

~ Salam everyone..em aku dpt crite ni dr 1 blog, em mmg aku sgt2 setuju ngan crite ni...huhhu..jom layan jap ~

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"


Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.


Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.


Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.


Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"


Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.


Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya kalau lelaki pun belajar!


Monday, 5 July 2010

~ Semua TeNtang Kita ~

waktu terasa semakin kelabu
tinggal kan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapus kan semua sepi di hati

ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita ~



Sunday, 4 July 2010

go GeNting...Go go go.......

salam everyone...huhuhu...lame xberbloging..huhuh, em tgok entry kat ats tu, so aku nak cite psl genting la kan..
2/7 kitorang plan nak g genting, g sane 2hr1mlm..so khamis mlm tu gomok da dtg umah aku, tdo sehari. coz pagi2 nak gerak...

so dlm kul 7 lebih g amik B, dier duk kat ngan umah aku ni jer..pastu g amk epit n choi kat train seri kembangan, d gak la beberapa probs..tapi aku mls nak crite coz nnti mcm xbest plak, coz aku nak cite benda yang happy2 jer...n pastu g jumpe chapik kat petronas sebelah tesco ampang tu, drop epit n choi naik ngan chapik. coz kitorang nak g amik ietod ngan airnol plak..so g setiawangsa amik ietod n airnol kat stesyen putra. so jumpe la dorang sume kat bhp after tol ke genting... kat sane gebeng da tggu..g dlm 3 kete...

smpai ats tu dlm 11 lebh kot..so start dengan men kat outdoor theme park tu...ikutkan hati aku cm mls nak masuk, coz aku bukan brani sgt nak main2 ni..tapi sbb dorang sume masuk, rajin plak aku nak lepak luar tu kan..so masuk la skali.. 1st game yang dorang nak main solero tu, aku, gomok, ietod n airnol xmen. so kitorang cume jadi tukang amik gmbar jer.. em ari jumaat pun rmai orang kan kat situ, kene la menunggu gak..huhuh..
2nd game dorang men roller coaster tu, aku xnak men, tapi dorang pksa, dorang kate sume kene men, klu sorang yang xmen sume xpayah men..huhuhu...so aku pun wat2 la muke berani..smapi jer turn nak men, mmg aku rase mcm nak patah balik...hohohoh...mmg rase nyawa aku tggl kat ats eh..rse sakit tekak aku menjerit jer..xnak aku main da...hahahha..pastu break g mkn jap kat kfc..tapi rmai yang tapau mc'd.
pastu dorang g men tikam2 tu..aku tukang memerhati jer..ietod n gebeng j dpt bear.. pastu plak g men roller coaster yang satu lagi, yang masuk smpai kat kfc tu..huhuh..xder la mencabar mcm yang satu lagi, tapi terjerit gak la aku..then pastu g men yang mcm kapal tu..huhu..

then kul 7 balik apartment..kitorang stay kat apartment ria..kul 9 g karok plak..smpai la dekat kul 11 lebih..mmg sgt sejuk la, coz dengan hujan nye..huhuhuh...mlm tu lena xlena la aku tdo, penat mmg penat, tapi sejuk gile buat aku cm terseksa nak tdo..huhuh... n esok nya dlm kul 11 lebih gerak trun, n pastu mkn kat ngan skyway tu d kedai2 mkn..n pas mkn lepak alamanda jap, dorang layan bowling. aku teman gomok cari hadiah utk birthday party anak buah dier. pastu lepak lagi kat warisan, mkn jap. n dlm kul 7 aku smpai umah..

mmg terasa cepat sgt mase berlalu, cam xpuas g jumpe n sembang2 ngan dorang sume..insyaAllah nx time plan g pulau plak..hopefully plan tu berjln dengan smooth..pape pun aku syg korang sume! thanks for ur commitment ;-) jom layan beberapa pic kat sane..huhuhu

with airnol n gomok
epit-gebeng-choi-bdak-chapik-B
ietod~gomok


> us <

ader banyak lagi pic tapi sume kat camera gomok n gebeng..huhuhu...