Thursday, 11 August 2011

Hikmah Allah

Kadang-kadang kite selalu leka bile kite berada dalam gembira... kadang-kadang kite lalai bile berada dalam senang...kadang-kadang kite tidak menghargai sesuatu yang beada didepan mata,tapi pabila ia mulai jauh, kite akan akan merasa kehilangan dan sunyi dan bila kite ditimpa musibah, kite selalu menyalahi Takdir..tanpa kite bertanya kepada diri kenapa musibah itu terjadi..sedarla wahai manusia, kadang-kadang Allah turunkan musibah atau ujiaan pada kite, Dia sayangkan kite. sepatutnya kite rase bersyukur kerana Allah memilih kite untk diuji, Allah memilih kite untuk ditimpa musibah...

dan kadang kala Allah rindu hambanya utk mendengar rintihan mereka, kerana selalunya pabila kita ditimpa masalah, baru kita merintih kpdNya.. memang setiap musibah dan ujian itu sangat perit kite terima, memikul dan juga menghadapi. tambahan pula apabila kesedihan itu melibatkan hati. akui ia memang sangat perit, dan kadang kala kesedihan itu membuat kita hilang pertimbangan, hilang pedoman, kerana ketika itu iman tiada, lalu apa yang terpikir dek akal, itu yang akan dilakukan. kerana itu sahaja mampu dilakukan.. 

kesedihan perlu dirawat bukan diratapi.. memang agak mudah mendengar nya, orang selalu kate "xder kat situasi aku, so boleh la ko nasihat mcm tu, cube klu ko kat situasi aku, agak ape ko buat" ketika ini, muhasabah la diri kamu, sentiasa ingat padaNya, berserahla padaNya, kerana dier yang memberi kamu gembira, dan dia juga yang beri kamu kesedihan itu... tp pernah kah kite terfikir bahawa itu adalah cara Allah memberi kite petunjuk bahawa yang apa kite sedang lakukan itu tidak benar, tidak baik, atau mungkin pilihan itu tidak baik untuk kita?? tidak kan kite fikir begitu?

sedarlah kamu bahawa Allah sayangkan kita, diberi ujian itu kerana untuk memberitahu kita pilihan atau perkara yang lebih baik. bersyukur kerana ada yang lebih BAHAGIA sedang menanti kita. Bersyukur Ya Allah kerana, Allah telah memilih kita untuk diberi semua yang terbaik...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
Manusia yang HEBAT JIWANYA....


Sekali lagi Allah sayangkan hamba2nya..maka itu la kamu manusia perlu sentiasa mengingatiNya, mendekatiNya.. Kesedihan mmg terlalu perit untuk dilalui, tapi percayalah qada' dan qadar Allah... (mengingati diri ini juga)


No comments: