Wednesday, 12 October 2011

beRsyukur kita diLahirkan Sebagai WaNita


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2.  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristhighfarlah para malaikat untuknya.  ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah segala dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wallahu'alam. 


No comments: